Policies
Home  ⇨  Policies

Policies

Akta Dan Undang Undang Kecil

Membership Fee 

*AKTA KOPERASI 1993, BAHAGIAN VI HARTA DAN KUMPULAN WANG KOPERASI KUMPULAN WANG KOPERASI

50. Kumpulan wang suatu koperasi boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a) fi masuk, yang tidak boleh dikembalikan kecuali dalam hal apabila sesuatu permohonan untuk menjadi anggota telah ditolak; 

Syer

*AKTA KOPERASI 1993, BAHAGIAN VI HARTA DAN KUMPULAN WANG KOPERASI KUMPULAN WANG KOPERASI

(b) syer yang dilanggan dan dibayar oleh anggota, yang daripadanya suatu bilangan minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat, tetapi syer yang dilanggan melebihi sumbangan minimum ini boleh dikeluarkan atau dipindahkan atau kedua-duanya, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan dan kepada apa-apa had yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu;

Undang Undang Kecil Koperasi , Modal Syer Perkara 59 

(1) Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja) syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah  dijelaskan  dalam  tempoh  yang  dinyatakan  menurut  fasal  (2).  Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat

Undang Undang Kecil Koperasi , BAHAGIAN VI ,HARTA DAN WANG KOPERASI,

Perkara 61Penyelesaian modal syer

(1) Jika pemindahan syer seseorang anggota yang tamat keanggotaan oleh apa-apa sebab jua pun tidak dapat dibuat menurut Undang-undang Kecil 60, maka syernya yang diperihalkan di dalam Undang-undang Kecil itu boleh dikeluarkan tertakluk kepada fasal (2)

61.     (1) Jika pemindahan syer seseorang anggota yang tamat keanggotaan oleh apa-apa sebab jua pun tidak dapat dibuat menurut Undang-undang Kecil 60, maka syernya yang diperihalkan di dalam Undang-undang Kecil itu boleh dikeluarkan tertakluk kepada fasal (2)

61.     (1) Jika pemindahan syer seseorang anggota yang tamat keanggotaan oleh apa-apa sebab jua pun tidak dapat dibuat menurut Undang-undang Kecil 60, maka syernya yang diperihalkan di dalam Undang-undang Kecil itu boleh dikeluarkan tertakluk kepada fasal (2)

(a) Koperasi hendaklah mewujud dan memindahkan sekurang- kurangnya lima peratus  daripada keuntungan bersih tahun semasa setiap tahun ke Kumpulan Wang Penebusan Syer. Sekiranya Kumpulan Wang Penebusan Syer telah mencapai lima puluh peratus daripada jumlah modal syer anggota, maka pindahan kepada Kumpulan Wang Penebusan Syer adalah secara sukarela. Sekiranya Kumpulan Wang Rizab Statutori melebihi seratus  peratus  daripada jumlah modal syer pada setiap masa, maka syarat ini tidak terpakai

(b) Koperasi hendaklah terlebih dahulu menggunakan Kumpulan Wang Penebusan Syer untuk membayar balik syer anggota;

(c ) sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori hendaklah diwakili oleh aset cair atau mudah cair yang selamat dan terjamin; dan

(d ) Koperasi  hendaklah  menghapuskira  kerugian  terkumpulnya terlebih dahulu

Web Policies

Membership Fee

1. All payment are non refundable unless due to some technical glitch, there are error in the system which  lead to payment exceed the RM100 fee.